MAC 2023

Abang Johari Turun Padang Ke PPS Batu Kawa


KUCHING, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Zohari bin Tun Abang Haji Openg turun padang melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SJK Chung Hua Batu Kawa pagi ini tadi. 

Sejurus tiba, beliau telah diberi taklimat oleh Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak, En. Abdul Wahab bin Haji Rahim berkaitan maklumat statistik mangsa yang terjejas banjir. 

Premier kemudiannya turut beramah mesra sambil bertanyakan khabar kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) tersebut dan seterusnya menyampaikan beberapa bentuk bantuan keperluan asas sumbangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) kepada mereka yang terlibat. 

Sumber dari : Sarawakku